Infotainment

4 Sebab Xiaomi Sanggup Bayar Kenya Hara RM1.24 Juta Untuk Hasilkan Logo Terbaru

4 Sebab Xiaomi Sanggup Bayar Kenya Hara RM1.24 Juta Untuk Hasilkan Logo Terbaru 2


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Minggu ini telah menyaksikan syarikat Xiaomi melancarkan seleksi produk buat para pengguna serta mengumumkan logo terbaharu yang sekaligus menjadi buah mulut para netizen.

Logo yang dilihat tidak jauh bezanya berbanding logo sebelumnya dan sekadar tampil dengan rekaan lebih ‘bulat’ membuatkan orang ramai lebih tertanya-tanya pemilihan Xiaomi untuk mengupah Kenya Hara bernilai $300,000 (∼RM1.24 juta) untuk menjayakan logo terbaru ini.

Siapakah Kenya Hara

fl20140105x1b

Sumber: The Japan Times

Kenya Hara adalah pereka grafik, kurator dan penulis di Jepun yang juga aktif dalam bidang akademik & industri. Beliau adalah lulusan dan juga professor di Universiti Seni Musashino. Beliau juga mengasaskan Hara Design Institut di bawah Nippon Design Centre dan merupakan salah satu pereka terkemuka di Jepun.

Bukunya, “Designing Design and White” menjadi rujukan bagi sesiapa sahaja yang mempelajari teori reka bentuk dan estetika. Kenya Hara pakar dalam subjek ‘Redesign’ dan mengetengahkan refresh concept melalui ‘redesign’. Beliau redesign Logo Xiaomi dengan tema yang baru dinamakan “Alive”

Konsep yang digunakan adalah ‘superelipse’ dimana menggunakan matematik untuk menjadikan logo Xiaomi sempurna di antara bentuk segi empat sama dan bulat. Namun, kebanyakan daripada kita hanya nampak copy and paste serta crop design yang asal sahaja.

Mengapa Xiaomi mengupah Kenya Hara?

1. Kenya Hara merupakan seorang yang sangat berprestij dalam bidangnya
大师-1024×439

Sumber: mi life

Pertama, syarikat gergasi Xiaomi mengupah pakar design seperti Kenya Hara adalah satu prestige sempena perlancaran division perniagaan mereka yang baru iaitu ‘Kereta Elektrik’.

2. Berjaya meraih publisiti dan liputan media

Di samping itu juga, Xiaomi mendapat publisiti dan liputan media secara percuma dengan berita ini, malah media antarabangsa telah mensensasikan berita ini keseluruh dunia. Mana tidaknya, memaklumkan harga yang besar sempena perubahan logo sahaja sudah berjaya menarik perhatian orang ramai.

3. Merupakan seorang profesor di Jepun

Ketiga, Kenya Hara adalah seorang professor di Universiti seni terkemuka di jepun, pengasas kepada Institut Seni dan juga Presiden kepada persatuan Design Kebangsaan di Jepun sekaligus akan menjadikan tugasan ini sebagai satu kajian, satu silibus atau topik yang akan diperlajari oleh pelajar pelajar beliau di sana.

4. Meluaskan pasaran di Jepun

Xiaomi sememangnya berhasrat untuk membuka & meluaskan pasaran smartphone di Jepun dan melalui cara ini, sedikit sebanyak exposure produk dapat diselitkan melalui selebriti seni seperti Kenya Hara. Bijak tak?

Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai logo terbaru Xiaomi menerusi penjelasan Kenya HARA.

Xiaomi juga dilaporkan telah membelanjakan sebanyak RM1.24 juta serta menanti selama empat tahun bagi menyiapkan logo terbaru mereka ini.

Belanja RM1.24 Juta Hasil Sentuhan Pakar, Xiaomi Akhirnya Tampil Dengan Logo ‘Berwajah’ Baharu

Lalu Lintas Terlalu Sesak Di Vietnam, Auto-Pilot Tesla ‘Give Up’ Dan Minta Pemandu Kawal Semula Kereta

 



4 Sebab Xiaomi Sanggup Bayar Kenya Hara RM1.24 Juta Untuk Hasilkan Logo Terbaru 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo