Infotainment

Hattan Bengang Tak Puas Hati Dengan Juri AJL?

Hattan Bengang Tak Puas Hati Dengan Juri AJL? 1

Hattan Bengang Tak Puas Hati Dengan Juri AJL? 2

Dua Belas lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 sudah pun diumumkan selepas berakhirnya hari ketiga separuh akhir Muzik Muzik 35 semalam, namun ramai yang tidak berpuas hati serta mempertikai keputusan juri.

Antara yang mampersoalkan keputusan tersebut adalah penyanyi, Hattan yang memuat naik status di Facebook miliknya yang tidak berpuas hati mengapa tiada satu pun lagu penyabyi dan pencipta lagu muda iaitu Yonnyboii layak ke AJL35.

BACA: “AJL Pertandingan Untuk Lagu, Bukan Pertandingan Nyanyian”

Hattan Bengang Tak Puas Hati Dengan Juri AJL? 3

Berikutan Azmeer selaku ketua juri menyatakan lagu Yonnyboii dan Zynakal tidak terpilih kerana bersifat popular dan tidak memenuhi kriteria untuk layak ke AJL, Hattan mengatakan alasan tersebut sangat kelakar.

Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan Hattan yang menyifatkan AJL tidak maju kehadapan kerana juri juga dikalangan orang yang sama sahaja setiap tahun.

Hattan Bengang Tak Puas Hati Dengan Juri AJL? 4

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Hattan akui kecewa dengan pemilihan senarai lagu AJL35 meminta barisan juri Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) berfikir di luar kotak dalam penjurian mereka.

Ujarnya, semua orang kini berada dalam dunia baharu dan perlu mengetahui berkenaan revolusi muzik yang berlaku di seluruh dunia. Katanya lagi, ini bukan lagi zaman menyanyi lagu nada tinggi atau rendah.

“Azmeer kata ada lagu yang tak sesuai untuk pertandingan. Kalau dah dikategorikan begitu, tak payahlah bagi lagu ini masuk bertanding dari awal.

“Banyak perkara baharu berlaku dalam muzik sekarang. Malah anak saya sendiri, Adam kata masa saya sudah berakhir. Saya pun mengakui kata-katanya. Kita kenalah hormat.

“Macam lagu Yonnyboii, penjiwaan yang hebat menerusi lagu Sakit wajar dihormati. Sekarang bukan lagi zaman menyanyi lagu nada tinggi atau rendah. Saya amat terkejut apabila Sakit gagal ke AJL35 kerana masih ada juri berfikiran cara lama. Kenalah bagi ruang untuk bakat baharu berkarya,” katanya.



Hattan Bengang Tak Puas Hati Dengan Juri AJL? 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo