Infotainment

Huawei Melancarkan Alat Kawalan Permainan Untuk Televisyen Pintar

Huawei Melancarkan Alat Kawalan Permainan Untuk Televisyen Pintar
Huawei Melancarkan Alat Kawalan Permainan Untuk Televisyen Pintar 1

Sejak dimasukkan ke dalam senarai entiti, Huawei mula memasuki arena komputer desktop, skrin pintar dan juga automotif untuk kelangsungan syarikat. Kini mereka melancarkan pula alat kawalan permainan untuk siri televisyen pintar Vision S mereka di China.

Huawei Melancarkan Alat Kawalan Permainan Untuk Televisyen Pintar
Huawei Melancarkan Alat Kawalan Permainan Untuk Televisyen Pintar 6

Huawei Smart Selection Beitong Smart Gamepad ialah alat kawalan permainan yang mempunyai rekabentuk yang sama dengan alat kawalan Xbox. Ia menggunakan tambatan secara bluetooth dan WiFi 2.4 GHz bagi memberikan pengalaman permainan sela masa serendah 8ms. Konfigurasi butang ialah dua tombol analog, satu tombol D-Pad, empat butang muka, empat butang bahu dan empat lagi butang kawalan ciri.

Dengan adanya alat kawalan jauh ini, pemilik televisyen dan skrin pintar Huawei boleh menikmati permainan video pada peranti dengan lebih selesa. Selain itu ia juga serasi digunakan pada kesemua peranti Huawei kerana menyokong protokol HarmonyOS Connect.

Alat kawalan ini dihasilkan dengan kerjasama syarikat Beitong yang sudah lama menghasilkan aksesori untuk konsol dan telefon pintar di China. Harga jualan Huawei Smart Selection Beitong Smart Gamepad ialah RMB229 (~RM150) sebuah.

Huawei Melancarkan Alat Kawalan Permainan Untuk Televisyen Pintar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo