Infotainment

Isteri Hamil 6 Bulan, Tajul Bakal Timang Anak Kedua Pada Usia 23 Tahun

Isteri Hamil 6 Bulan, Tajul Bakal Timang Anak Kedua Pada Usia 23 Tahun 1

Isteri Hamil 6 Bulan, Tajul Bakal Timang Anak Kedua Pada Usia 23 Tahun 2

Anak sulung baru berusia setahun, penyanyi Tajul Ariff bakal menimang cahaya mata kedua apabila mengumumkan isterinya, Nurul Shameiza Eddie kini sedang hamil enam bulan

Isterinya dijangka bersalin pada awal Mei depan, Tajul berkata dia turut melalui pengalaman alahan dan mengidam sama seperti kehamilan anak pertama mereka, Adriana Carisa.

BACA: Bakal Jadi Bapa, Tajul Dedah Sebab Kahwin Usia 19 Tahun

Isteri Hamil 6 Bulan, Tajul Bakal Timang Anak Kedua Pada Usia 23 Tahun 3

“Alhamdulillah kandungan isteri saya hampir mencecah enam bulan. Perut dia pun dah semakin membesar, jadi inilah waktu yang sesuai untuk saya kongsikan berita gembira kepada semua.

“Isteri tidak mengalami alahan yang teruk seperti kehamilan pertama, alahan yang teruk dan mengidam itu terkena pada saya,” katanya.

Sudah mengetahui jantina anak keduanya itu, bagaimanapun Tajul berkata dia dan isteri memilih untuk merahsiakannya sebagai kejutan.

“Tapi kalau boleh saya nak beri kejutan mengenai jantina. Lelaki atau perempuan, saya tak kisah asalkan bayi kami dalam keadaan sihat.

“Kali ini memang satu cabaran untuk kami sekeluarga. Risiko juga isteri nak pergi hospital dan dia pun akan bersalin tanpa saya di sisi,” katanya.

Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza pada 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Adriana Carisa kini berusia setahun.



Isteri Hamil 6 Bulan, Tajul Bakal Timang Anak Kedua Pada Usia 23 Tahun 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo