Berita

Jumpa botol berbau petrol, kesan simbahan di hadapan kereta terbakar

Jumpa botol berbau petrol, kesan simbahan di hadapan kereta terbakar 2

Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan berkaitan kes khianat susulan kebakaran tujuh kenderaan di Blok D Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Jalan Pantai, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, polis menerima maklumat berhubung kes khianat dengan api itu pada 12.45 tengah hari selepas wanita memaklumkan berlaku kebakaran di tempat letak kereta.

Menurutnya, pihak polis pergi ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati tujuh kenderaan terbakar.

“Pihak forensik Bomba yang turut hadir ke lokasi kejadian menemui satu botol berbau petrol dan kesan simbahan petrol di hadapan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam dan sebuah van berwarna merah disyaki menjadi punca kebakaran.

“Sebanyak lima spesimen di tempat kebakaran diambil dan akan dibawa ke makmal untuk analisis punca sebenar kebakaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Basri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti melanggar undang-undang,” katanya.

Portal berita Harian Metro hari ini melaporkan sebanyak enam kenderaan musnah dalam kebakaran di Blok D PPR Pantai Ria, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian 12.46 tengah hari sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai serta Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.

Berita berkaitan

‘Berputih mata enam kenderaan musnah terbakar’

Jumpa botol berbau petrol, kesan simbahan di hadapan kereta terbakar 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo