Berita

Kemaman dilanda banjir gelombang kedua

Kemaman dilanda banjir gelombang kedua 1

Kemaman dilanda banjir gelombang kedua 2

Chukai: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan penduduk di beberapa kampung, di sini, terpaksa dipindahkan apabila kawasan mereka ditenggelami air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohamad Hanif Che Khalid berkata, kampung yang terbabit ialah Masjid Sungai Mas, Padang Kubu dan Kampung Teladas.

“Sehingga jam 10 malam ini, seramai 171 mangsa membabitkan 45 keluarga dari tiga kampung dipindahkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Sungai Mas, Balairaya MPKK Padang Kubu dan Dewan Orang Ramai Kampung Teladas.

“PPS Masjid Sungai Mas dibuka jam 3.30 petang tadi menempatkan seramai sembilan mangsa daripada tiga keluarga termasuk seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) manakala PPS MPKK Padang Kubu dibuka jam 5.30 petang tadi menempatkan seramai 124 orang termasuk sembilan bayi dan lapan warga emas daripada 36 keluarga,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, trend air yang semakin menaik turut menjejaskan penduduk Kampung Teladas yang sebelum ini teruk ditenggelami banjir gelombang pertama akhir bulan lalu.

“Berikutan itu, dewan orang ramai kampung berkenaan kembali diaktifkan jam 10.30 malam ini apabila beberapa kediaman penduduk mula ditenggelami air.

“Sehingga kini, enam keluarga membabit seramai 38 orang termasuk dua bayi lelaki dan tiga warga emas dipindahkan di dewan berkenaan,” katanya.

Mohamad Hanif berkata, jumlah mangsa yang dipindahkan dijangka bertambah bergantung kepada cuaca tengah malam ini dan awal pagi nanti.

Katanya, ada penduduk Kampung Teladas yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai mengambil inisiatif berpindah awal kerana bimbang terperangkap selepas jambatan utama menghubungkan dua kampung ditenggelami air petang tadi.

“Jambatan berkenaan sudah ditenggelami air sehingga paras satu meter dan kini ditutup kepada semua kenderaan,” katanya.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Air Putih, Shamsul Yusof berkata, beberapa penduduk kini berada dalam keadaan siap sedia untuk berpindah.

Pix caption

Mangsa banjir di Kampung Padang Kubu dipindahkan ke PPS MPKK Padang Kubu menggunakan kenderaan Bomba dan Penyelamat selepas kediaman mereka ditenggelami air melebihi 0.8 meter. NSTP/IHSAN BOMBA

Kemaman dilanda banjir gelombang kedua 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo