Infotainment

Keputusan Rayuan Malaysia Ditolak, Pingat Emas Kekal Milik Ukraine

Keputusan Rayuan Malaysia Ditolak, Pingat Emas Kekal Milik Ukraine
Keputusan Rayuan Malaysia Ditolak, Pingat Emas Kekal Milik Ukraine 1

Kini Trending

Keputusan Rayuan Malaysia Ditolak, Pingat Emas Kekal Milik Ukraine 2

Sebelum ini, pihak Malaysia telah menghantar bantahan serta menyerahkan bukti kepada pihak penganjur sukan Paralimpik Tokyo mengenai pembatalan pingat emas yang dimilik oleh jaguh lontar peluru, Muhammad Ziyad Zokefli.

Artikel Berkaitan : ‘Tak Perlu Minta Maaf, Yad’ – KJ Respon Ziyad Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Artikel Berkaitan : ‘Protes Ukraine Amat Lemah’ – Malaysia Selesai Kemuka Protes, Serah Bukti CCTV

Terbaharu, keputusan rayuan berkenaan telah ditolak oleh Juri Rayuan Para Olahraga World Para Athletics (WPA).

Keputusan Rayuan Malaysia Ditolak, Pingat Emas Kekal Milik Ukraine 4

Keputusan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ti Lian Ker di Facebook. Ujarnya lagi, keputusan berkenaan dibuat oleh pengadil pertandingan ekoran menerima satu bantahan daripada atlet Ukraine berhubung ketiga-tiga atlet tersebut lewat untuk melaporkan diri.

Isu kelewatan untuk melaporkan diri adalah bertentangan dengan Peraturan Pertandingan Olahraga World Para Athletic di Para 5 (Failure To Report To The Call Rooms).

Di mana seseorang atlet tersebut boleh dihalang menyertai pertandingan kerana kelewatan melaporkan diri atau pun dibenarkan menyertai pertandingan tertakluk kepada keputusan pengadil mengenai kesalahan kelewatan melaporkan diri ke pusat panggilan ( Call Rooms ) tersebut.

Bagaimanapun, keputusan Ziyad serta atlet dari Ecuador dan Australia telah diputuskan sebagai DNS (Did Not Start).

Keputusan Rayuan Malaysia Ditolak, Pingat Emas Kekal Milik Ukraine 6

Pada ketika itu, Ziyad bersama dua atlet berkenaan masih lagi berada di trek latihan dan bergerak ke pusat panggilan pada pada jam 5.55 petang waktu Tokyo.

Ekoran dari hujan yang turun selain dari keadaan di kawasan tersebut yang agak padat dengan atlet-atlet dari acara-acara yang lain, ketiga-tiga atlet tersebut telah terhalang untuk memasuki pusat panggilan dan pada ketika itulah mereka didakwa telah lewat melaporkan diri.

Terdapat bantahan lisan oleh pegawai dari Ukraine pada ketika itu bahawa ketiga-tiga atlet tersebut sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke pusat panggilan. Selepas merayu supaya dibenarkan masuk ke pusat panggilan, maka mereka dibenarkan untuk menyertai pertandingan secara bersyarat ( under protest ) seperti yang dibenarkan dalam peraturan pertandingan.

Namun semasa pertandingan berlangsung, pegawai pasukan Malaysia telah menerima bantahan rasmi terhadap penyertaan ketiga-tiga atlet melalui pesanan ringkas.

Walau bagaimanapun, ketua kontijen Malaysia akan meneruskan rayuan berkenaan ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kontijen pada pagi ini. Malah, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Persatuan Olahraga Para Malaysia akan membuat bantahan rasmi kepada Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) serta World Para Athletic (WPA) untuk mempertimbangkan kesemua rayuan bagi ketiga-tiga negara tersebut.

Namun demikian, bantahan ini hanya boleh dilakukan selepas temasya Tokyo Paralimpik 2020 berakhir. Sementara itu, kita terpaksa menerima keputusan acara tersebut seperti yang diputuskan.

Keputusan Rayuan Malaysia Ditolak, Pingat Emas Kekal Milik Ukraine 8 Keputusan Rayuan Malaysia Ditolak, Pingat Emas Kekal Milik Ukraine 10

Sumber : Ti Lian Ker


Keputusan Rayuan Malaysia Ditolak, Pingat Emas Kekal Milik Ukraine 12

The following two tabs change content below.


Keputusan Rayuan Malaysia Ditolak, Pingat Emas Kekal Milik Ukraine 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo