Infotainment

Ketua Sindiket Kartel Projek Kerajaan Ditahan, ‘Aset’ Bernilai RM148.2 Juta Disita

Ketua Sindiket Kartel Projek Kerajaan Ditahan, 'Aset' Bernilai RM148.2 Juta Disita 2


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan satu sindiket kartel projek susulan penahanan tujuh individu termasuk seorang ketua sindiket berusia 47 tahun lewat tengah malam.

Semasa serbuan dibuat semalam, wang tunai berjumlah RM3.5 juta ditemui disimpan oleh ketua sindiket bergelar Datuk. Antara kenderaan mewah bernilai RM 15.7 juta yang turut disita terdiri daripada model Ferrari 458 (RM1.2 juta), McLaren 720s (RM1.5 juta) dan Porsche 992 (RM1.2 juta).

vocket-dalang-kartel-tumpas-1-1

McLaren 720s | Sumber Gambar: Harian Metro

Ferrari 458 | Sumber Gambar: Harian Metro

Beberapa hartanah termasuk banglo, rumah kedai dan pejabat bernilai RM29 juta turut disita dalam serbuan yang dilakukan SPRM. Sebanyak 644 akaun individu dan syarikat yang dianggarkan bernilai RM100 juta turut dibekukan dalam siasatan kes kartel projek.

“Kartel projek yang diketuai oleh seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun ini telah membolot projek-projek kerajaan menerusi tender dan sebut harga bernilai lebih RM3.8 billion. Difahamkan, sindiket ini sudah beroperasi sejak tahun 2014 hingga 2021.

“Kemewahan yang ditunjukkan oleh Datuk yang juga ketua sindiket ini amat luar biasa. Selain dari memiliki nilai hartanah dan wang tunai yang luar biasa jumlahnya, beliau juga memiliki beberapa kereta mewah, sebuah kapal mewah dan dua helikopter.

“Modus operandi kumpulan kartel projek ini ialah membuka lebih 150 buah syarikat dengan setiap individu yang digunakan nama sebagai pengarah syarikat dibayar gaji antara RM5,000 hingga RM8,000. Syarikat-syarikat ini adalah milik beliau. Dipercayai 114 orang telah digunakan nama untuk membuka lebih 150 syarikat,” katanya.

Menurut sumber, sindiket kartel projek ini telah memonopoli sebanyak 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara dengan nilai projek sebanyak RM3.8 billion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, kes disiasat mengikut seksyen 17 dan 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Beliau juga tidak menolak lebih banyak tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Pihak polis telah membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi membantu dalam usaha menjejaki dan menangkap seorang dalang kumpulan jenayah terancang sindiket pengubahan wang haram.

PDRM Mohon Kerjasama Interpol Bantu Buru Dato Sri Nicky Liow

‘Suspek Adalah Orang Yang Berpengaruh’ – Dato Sri Berusia 33 Tahun Jadi Buruan Polis

 

 



Ketua Sindiket Kartel Projek Kerajaan Ditahan, 'Aset' Bernilai RM148.2 Juta Disita 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo