Infotainment

Kini Bergantung Tahap Oksigen Paling Tinggi, Achey Harap Ibu Terus Kuat

Kini Bergantung Tahap Oksigen Paling Tinggi, Achey Harap Ibu Terus Kuat
Kini Bergantung Tahap Oksigen Paling Tinggi, Achey Harap Ibu Terus Kuat 1

Pelawak popular, Achey memaklumkan ibunya Ngaisah Hassan, 73, masih lagi dirawat di Hospital Segamat akibat Covid-19 dan menggunakan tahap oksigen paling tinggi untuk bernafas.

Achey berkata doktor memaklumkan tahap oksigen yang rendah tidak boleh membantu ibunya untuk bertahan namun keadaannya kini stabil.

BACA: Achey Risau 7 Ahli Keluarga Positif Covid-19, Ibu Ditiarapkan

“Doktor beritahu, sekarang emak menggunakan tahap oksigen paling tinggi untuk bernafas. Namun, doktor cuba juga nak turunkan tahap oksigen itu tapi mak mungkin tak mampu nak bertahan.

“Hari ini juga doktor lakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) untuk paru-paru emak sebab ada jangkitan kuman yang berasal dari Covid-19 atau dari penyakit pankreas dihidapi mak sebelum ini.

“Namun, doktor memaklumkan keadaan emak stabil tapi harapnya mental dan fizikal emak terus kuat sebab sudah lebih 20 hari dia dirawat di hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Achey tyryt memohon orang ramai mendoakan ibunya cepat sembuh daripada Covid-19 dan mahu membawa ibu pulang ke rumah.

“Harap-harapnya, sekiranya emak dah bebas Covid-19, dia (mak) dah okey untuk dirawat seterusnya di rumah. Saya nak bawa emak balik. Saya pun dah usahakan beli mesin oksigen sendiri untuk kegunaan emak.

“Ini juga sebagai langkah berjaga-jaga untuk di rumah nanti. Sekarang, hanya emak seorang saja masih lagi dirawat di hospital, manakala adik-beradik yang lain semuanya sudah dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.

Terdahulu, Achey memaklumkan tujuh ahli keluarganya disahkan positif Covid-19. Lebih membimbangkan, ibunya, menerima rawatan sebagai pesakit Covid-19 tahap tiga.


Kini Bergantung Tahap Oksigen Paling Tinggi, Achey Harap Ibu Terus Kuat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo