Berita

M Daud Kilau mengadu sesak nafas, masuk hospital

M Daud Kilau mengadu sesak nafas, masuk hospital 1

M Daud Kilau mengadu sesak nafas, masuk hospital 2

Teluk Intan: Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 82, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, hari ini selepas mengadu sesak nafas.

Anaknya, Ahmad Zaini Mohd Daud, 49, berkata, bapanya mengadu sesak nafas sejak semalam dan sudah dibawa ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk mendapatkan rawatan.

“Saya bawa ayah ke klinik dan keadaannya nampak beransur pulih, namun pagi tadi dia sesak nafas semula dan tercungap-cungap.

“Kami segera membawanya klinik dan dihantar ke HTI dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke wad pada 3.15 petang tadi.

“Keadaan ayah kini agak lemah namun stabil dan dia juga boleh bercakap,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Ahmad Zaini berkata, dia berharap peminat dapat mendoakan kesihatan bapanya.

Media sebelum ini melaporkan, penyanyi lagu hit Sirih Pinang, M Daud Kilau atau Muhammad Daud Kilau berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lalu.

Beliau yang menghidap penyakit kencing manis kini sudah tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang juga sakit selain keadaan jantung yang tidak stabil serta kurang pendengaran.

M Daud Kilau mengadu sesak nafas, masuk hospital 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo