Infotainment

Malaysia Dilaporkan Sebagai Negara Ketiga Miliki ‘Sugar Daddy’ Paling Ramai Di Asia

Malaysia Dilaporkan Sebagai Negara Ketiga Miliki 'Sugar Daddy' Paling Ramai Di Asia 2

Perkataan atau terma sugar daddy sebelum ini mungkin kedengaran sedikit janggal dalam kalangan masyarakat kita.

Malah mungkin ramai yang beranggapan hanya sebilangan kecil sahaja lelaki daripada negara kita yang memegang gelaran berkenaan.

Namun angka dan kedudukan seperti yang dilaporkan portal Free Malaysia Today hari ini menunjukkan sebaliknya apabila terdapat hampir 50,000 individu bergelar sugar daddy di negara ini.

Atau lebih tepat lagi seramai 42,500 sugar daddy dilaporkan berada di negara ini menurut laporan berkenaan yang memetik laman SeekingArrangement, sebuah laman terbesar dunia berkait aktiviti tersebut.

Negara jiran, Indonesia pula berada di kedudukan kedua dengan  60,250 sugar daddy manakala India pula berada di tempat pertama untuk negara-negara Asia dengan 338,000 sugar daddy.

Mengikuti Malaysia di tangga keempat dan seterusnya adalah Jepun, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Korea Selatan, dan Sri Lanka.

Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade seperti dipetik menjelaskan jurang antara golongan miskin dan kaya yang semakin meningkat di benua ini mendorong kepada perkara berkenaan.

Selain itu, perkembangan ekonomi yang pesat di rantau ini juga jelasnya turut menyumbang kepada angka berkenaan dengan semakin ramai pelabur asing menjalankan perniagaan dan kehidupan di sini.

“Tidak mengejutkan mengapa Asia seolah-olah menjadi sarang ‘sugar daddy’ untuk berpasangan terutama dalam kalangan demografi bandar,” jelasnya.

Baca kembali perkongsian wanita dari Malaysia ini yang menawarkan perkhidmatan kepada sugar daddy di Singapura sebelum ini.

Bukan Menyundal Tetapi Menemani, Wanita Ini Raih Ribuan Ringgit Jadi ‘Sugar Baby’ Di Singapura

Bagaimana Aplikasi ‘Pelacuran’ Golongan Elit Ini Lulus Untuk Diiklankan Di Malaysia?



Malaysia Dilaporkan Sebagai Negara Ketiga Miliki 'Sugar Daddy' Paling Ramai Di Asia 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo