Artikel Terkini

Mangsa terakhir tanah runtuh masih belum ditemui

Mangsa terakhir tanah runtuh masih belum ditemui
Mangsa terakhir tanah runtuh masih belum ditemui 1

HULU SELANGOR – Sudah lapan jam berlalu namun masih tiada tanda tanda yang menunjukkan penemuan mangsa terakhir walaupun pasukan keselamatan operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat melakukan pencariannya di tapak kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm Batang Kali hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kelapan telah disambung semula pada jam 8 pagi tadi dan dijangka diteruskan sehingga malam ini bergantung kepada keadaan cuaca yang bertukar gelap dan hujan renyai bermula 4.45 petang tadi.

Pemerhatian MalaysiaGazette di lokasi kejadian mendapati, skop pencarian bagi operasi SAR yang masuk hari kelapan hari ini telah dikecilkan kepada beberapa sektor sahaja berdasarkan lokasi terakhir keberadaan mangsa.

Turut kelihatan, dua buah jengkaut keluar meninggalkan lokasi SAR beberapa jam pada waktu tengahari tadi selepas operasi SAR dijalankan.

Semalam empat mayat iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak telah ditemui pada kedalaman tujuh meter di Sektor C tapak tanah runtuh dalam gulungan khemah.

Kemudian, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan bahawa jumlah sebenar mangsa terlibat tanah runtuh adalah seramai 92 orang dan bukannya 94 orang.

Berdasarkan perubahan terbaharu itu, hanya seorang mangsa kanak kanak sedang dicari dan bukannya tiga mangsa.

Kanak-kanak lelaki itu berusia 11 tahun dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Choong, Jalan Ipoh Kuala Lumpur.- MalaysiaGazette

Mangsa terakhir tanah runtuh masih belum ditemui 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo