Artikel Terkini

“Nak Hias Rumah Jangan Fikir Yang Mahal Saja”- Lelaki Ini Buktikan Barang Murah Mampu Nampak Mahal Kalau Rajin Cari

“Nak Hias Rumah Jangan Fikir Yang Mahal Saja”- Lelaki Ini Buktikan Barang Murah Mampu Nampak Mahal Kalau Rajin Cari
"Nak Hias Rumah Jangan Fikir Yang Mahal Saja"- Lelaki Ini Buktikan Barang Murah Mampu Nampak Mahal Kalau Rajin Cari 1

Kunjungan team Impiana ke kawasan kediaman eksklusif di Cyberjaya ini nyata amat berbaloi apabila kami disajikan dengan dekorasi yang begitu stylish dan elegan. Meneliti cerita pemilik kepada penulis mengenai dekorasi dan konsep yang dipilih, penulis amat mengagumi minat yang ditunjukkan oleh pemilik yang mesra di sapa Brian ini. Lebih menarik setiap susunan item dekorasi serta perabot yang terdapat di dalam kediaman ini tidaklah mahal. Paling penting pemilik bijak menyuai padan dan mencari perabot yang kena dengan konsep pilihannya.

"Nak Hias Rumah Jangan Fikir Yang Mahal Saja"- Lelaki Ini Buktikan Barang Murah Mampu Nampak Mahal Kalau Rajin Cari 2

"Nak Hias Rumah Jangan Fikir Yang Mahal Saja"- Lelaki Ini Buktikan Barang Murah Mampu Nampak Mahal Kalau Rajin Cari 4

"Nak Hias Rumah Jangan Fikir Yang Mahal Saja"- Lelaki Ini Buktikan Barang Murah Mampu Nampak Mahal Kalau Rajin Cari 6

 Bak kata pemilik, “Mahu menghias kediaman jangan fikirkan yang mahal-mahal sahaja, barang murah tapi jika bijak menghias boleh membuatkan kediaman nampak menarik. Satu lagi, kita perlu pandai mencampur elemen kerana itu akan membuatkan anda lain dari orang lain,” ujarnya lagi.

Brian yang menetap sendirian ini amat meminati rona merah . Nyata dia bijak menyuai padan aksesori dengan perabot yang ada. Pilihan ini juga bersesuaian dengan rona kelabu,putih, dan hitam yang begitu sinonim dengan rekaan industri. Beberapa ruang dicalit merah bagi menyuntik mood ‘fun’ pada sesebuah ruang.

BIJAK BERMAIN RUANG

Bagi menguatkan susun atur pembahagi ruang makan dan ruang tamu, Brian menambah susunan blok bata konkrit di ruang makan supaya elemen raw dalam konsep industri berjaya di realisasikan. Malah bukaan balkoni yang luas menghadap taman mini turut dijadikan tempat istirahat dan menjadi pilihan tetamu untuk bersembang.

Oleh kerana Brian gemar menjemput dan melayan tetamu ke rumahnya, anak sulung daripada 10 orang adik beradik ini, lebih mementingkan keselesaan kepada tetamu dan ahli keluarganya yang kerap berkunjung ke kediamannya. Ini alasan mengapa dirinya memilih untuk membeli rumah tiga tingkat walaupun hidup bujang.

"Nak Hias Rumah Jangan Fikir Yang Mahal Saja"- Lelaki Ini Buktikan Barang Murah Mampu Nampak Mahal Kalau Rajin Cari 8

Memiliki keluasan kira-kira 297.3 meter persegi , kediaman jurutera yang berasal dari Taiping, Perak mempunyai keseluruhan lima bilik tidur dan enam bilik air. Kediaman yang cukup luas serta memerlukan kreativiti pemilik untuk menata keseluruhan ruang kediaman ini. Ternyata hasilnya begitu mengagumkan.

Beralih ke ruang santai di tingkat atas , Brian nyata pandai bermain warna menerusi penataan kerusi berona kuning dan biru firus dengan rekaan kerusi vintaj. Sedikit sebanyak ruang ini mampu membawa kita ke satu suasana kampung.

” Ruang ini adalah ruang kesukaan ibu saya. Apabila bersama saudara yang lain , ruang ini menjadi tempat mereka bercerita.” Ujarnya mesra.

"Nak Hias Rumah Jangan Fikir Yang Mahal Saja"- Lelaki Ini Buktikan Barang Murah Mampu Nampak Mahal Kalau Rajin Cari 10

"Nak Hias Rumah Jangan Fikir Yang Mahal Saja"- Lelaki Ini Buktikan Barang Murah Mampu Nampak Mahal Kalau Rajin Cari 12

"Nak Hias Rumah Jangan Fikir Yang Mahal Saja"- Lelaki Ini Buktikan Barang Murah Mampu Nampak Mahal Kalau Rajin Cari 14

BILIK TIDUR RINGKAS BERGAYA

Bilik tidur tetamu dihias ringkas tanpa peletakan item sarat kerana pemilik mahukan ruang yang kelihatan lapang dan kemas. Apabila di aju tentang konsep bilik ini, dia nyata lebih mementingkan keselesaan buat mereka yang menginap.

” Saya tidak mahu hiasan yang terlalu sarat di ruang ini kerana saya mahukan konsep hotel yang ringkas dan selesa.”

Bagi bilik tidur sendiri, Brian mencipta kelainan dengan menggunakan kertas dinding rumah lama diolah menjadi hiasan pada kepala katil. Semua hasil dekorasi ini dibuat hasil perbincangan pemilik dan V Plus Interior Sdn Bhd yang berjaya merealisasikan impiannya.

Selain bilik tidur, kediaman ini juga terdapat satu bilik yang dijadikan bilik khas ruang solat yang di tata hias tenang tanpa sebarang perabot sarat.

Secara keseluruhannya, kediaman pemilik ini begitu menepati citarasa dirinya yang begitu menggemari konsep industrial dan retro. Persembahan setiap ruang adalah melambangkan karakter dan minat dirinya yang diterjemahkan dalam olahan menarik di kediaman sendiri. Rumah yang cantik bagaikan satu terapi buat dirinya setiap hari.

"Nak Hias Rumah Jangan Fikir Yang Mahal Saja"- Lelaki Ini Buktikan Barang Murah Mampu Nampak Mahal Kalau Rajin Cari 16

"Nak Hias Rumah Jangan Fikir Yang Mahal Saja"- Lelaki Ini Buktikan Barang Murah Mampu Nampak Mahal Kalau Rajin Cari 18

"Nak Hias Rumah Jangan Fikir Yang Mahal Saja"- Lelaki Ini Buktikan Barang Murah Mampu Nampak Mahal Kalau Rajin Cari 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo