Berita

Penyokong pendakwah Indonesia ditembak mati

Penyokong pendakwah Indonesia ditembak mati 1

Penyokong pendakwah Indonesia ditembak mati 2

Jakarta: Sekurang-kurangnya enam individu yang disyaki penyokong pendakwah Indonesia, Rizieq Shihab, terbunuh dalam pertembungan dengan polis hari ini, kata ketua polis Jakarta, Fadil Imran kepada wartawan.

Fadil Imran berkata, polis terpaksa mempertahankan diri selepas 10 penyokong pendakwah itu menyerang mereka di jalan kira-kira 50 kilometer dari Jakarta.

“Ketika pegawai kami mengekori kenderaan mereka, serangan terus berlaku di mana mereka menggunakan senjata dan objek tajam,” katanya.

Anggota polis melepaskan tembakan balas, menyebabkan enam terbunuh manakala, empat lagi berjaya melarikan diri ketika tembakan awal berlaku.

Shihab sepatutnya disoal pihak polis selepas melanggar larangan perhimpunan

bulan lalu di mana ribuan penyokongnya berhimpun di kediamannya untuk menghadiri perkahwinan anak perempuannya.

Rizieq yang juga ketua Barisan Pertahanan Islam, meninggalkan Indonesia pada 2017 untuk mengerjakan umrah di Makkah, selepas polis mendakwanya dalam kes komunikasi pornografi, selain didakwa menghina Pancasila.

Polis menggugurkan kedua-dua pertuduhan itu tahun lalu kerana bukti yang lemah, namun pihak berkuasa di Arab Saudi menyekatnya keluar dari negara itu tanpa sebarang penjelasan.

Rizieq kembali ke Indonesia pada November lalu, dengan ribuan penyokongnya berkumpul untuk menyambut ketibaannya di lapangan terbang.

Shihab adalah individu utama yang mengetuai beberapa siri perhimpunan besar-besaran di Jakarta pada 2016 menentang gabenor Basuki Tjahaja Purnama atas tuduhan menghina al-Quran.

Penyokong pendakwah Indonesia ditembak mati 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo