Infotainment

“Saya Mohon Maaf, Doakan Saya”

"Saya Mohon Maaf, Doakan Saya" 1

"Saya Mohon Maaf, Doakan Saya" 2

Memaklumkan khabar kurang baik menerusi Instagram petang tadi apabila mengesahkan dirinya positif COVID-19, Alif Satar akui keputusan tersebut sangat mengejutkan, namun redha dengan dugaan yang diberikan.

Alif berkata meskipun sibuk dengan penggambaran namun tetap menjalankan tanggungjawab melakukan ujian saringan COVID-19. Ujarnya, perkara utama terlintas difikiran adalah keadaan keluarganya.

BACA: Baca Surah Al-Kahfi, Bacaan Tajwid Alif Satar Dipuji

“Assalamualaikum… Dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19.

“Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini, telah menunjukkan bahawa Alif di dapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan Alif,” tulisnya.

Kini sedang menjalani kuarantin, Alif memohon maaf di atas segala kesulitan dan memohon doa agar diberi kesembuhan. Katanya lagi, dia sudah pun memberi nama dan kontak rapat kepada pihak KKM.

“Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah S.W.T.

“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s Alif sekarang menjalani proses kuarintin,” tulisnya.



"Saya Mohon Maaf, Doakan Saya" 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo