Berita

‘Syahmi Sazli ada gaya tersendiri’ – Syamsul Yusof

'Syahmi Sazli ada gaya tersendiri' – Syamsul Yusof 2

Kuala Lumpur :Pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengakui peminat dan penonton filem tempatan mempunyai cita rasa tersendiri.

Ia berikutan kejayaan filem Mael Totey The Movie (MTTM) yang mencapai kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari.

Syamsul yang juga pelakon filem Munafik bagaimanapun berkata, tidak semua pengkarya harus mengikuti konsep dan genre filem arahan Syahmi Sazli itu.

“Di negara kita sekarang ini penonton ramai, ada kehendak dan kemahuan sendiri. Jadi, dalam isu filem MTTM, dia ada pengikut tegar yang mana kita tahu filem itu menggunakan dialek Kelantan. 

“Tapi, dengan kejayaan filem itu tak bermakna semua pengkarya filem harus ikut konsep dan genre MTTM. Contohnya saya yang lebih kepada filem berat, ada pengikut tersendiri. Begitu juga dengan filem abang Mamat Khalid pun sama ada pengikutnya tersendiri,” katanya.

Menurut Syamsul, kejayaan filem MTTM itu harus diberi perhatian dan penghormatan.

“Bagi saya, pencapaian MTTM bagus untuk industri filem dan persaingan sihat dalam kalangan penggiat industri filem tempatan. Saya ucapkan syabas pada pengarah kerana membawa sebuah karya yang baru, segar dan santai dalam masa sama ada mesej tersendiri.

“Walaupun disampaikan secara santai dan dari teknikal filem tidaklah setinggi seperti filem berbajet besar, namun kita harus beri penghormatan dan tabik kepada pengarah selaku pengkarya muda yang berani menghasilkan filem ringan tapi ada penonton tersendiri,” katanya.

'Syahmi Sazli ada gaya tersendiri' – Syamsul Yusof 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo