Berita

Tidak akan ubah status kawalan kanabis, semua bahan dadah

Tidak akan ubah status kawalan kanabis, semua bahan dadah 2

Kuala Lumpur: Kerajaan memberi komitmen tidak akan mengubah status kawalan kanabis dan semua bahan dadah berkaitan seperti tertakluk di bawah penguatkuasaan Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketegasan itu disuarakan kerajaan berikutan bahan terlarang berkenan jelas banyak memberi kemudaratan kepada masyarakat.

Beliau berkata, komitmen itu ditunjukkan kerajaan walaupun Persidangan Semula Sesi Ke-63 Suruhanjaya Dadah Narkotik diadakan di Vienna, bersetuju untuk menggugurkan kanabis dan resin kanabis daripada Jadual IV Konvensyen Tunggal Mengenai Dadah Narkotik 1961.

“Kerajaan menyasarkan ‘Dadah Terkawal 2025’ sebagai perancangan jangka masa lima tahun akan datang seiring dengan matlamat Dasar Dadah Negara.

“Perancangan bersifat inklusif dan holistik ini bertujuan untuk menggembleng usaha di antara sektor awam, swasta dan pertubuhan masyarakat sivil ke arah pembangunan masyarakat bebas dadah,” katanya dalam ucapan sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2021, di sini, hari ini.

Hari Antidadah Kebangsaan disambut pada 19 Februari setiap tahun untuk mengingatkan seluruh rakyat Malaysia mengenai bahaya penyalahgunaan dadah yang terus menjadi musuh nombor satu negara sejak 1983.

Sebelum ini, pelbagai sasaran ditetapkan kerajaan dalam membendung isu ini seperti Sifar Dadah dan Malaysia Bebas Dadah 2015.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, antara objektif utama Dadah Terkawal 2025 ialah membersihkan 155 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) di seluruh negara.

Beliau berkata, ia turut mensasarkan untuk meluaskan liputan rawatan bagi meningkatkan kadar pemulihan dalam kalangan penagih dadah.

“Ia turut bertujuan memperkasa pembabitan komuniti serta menggerakkan agensi berkaitan serta badan bukan kerajaan (NGO) secara bersepadu dalam menangani isu berkenaan dengan dadah.

“Kerajaan komited untuk terus membasmi masalah dadah di negara kita supaya ia terkawal dan dibendung secara terancang.

“Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sedang membangunkan Indeks Antidadah sebagai sebuah kaedah bagi mengukur keberkesanan daripada segi penguatkuasaan,” katanya.

Muhyiddin berkata, isu penyalahgunaan dadah adalah isu global yang kompleks dan sukar untuk dibendung sepenuhnya berikutan perubahan ‘trend’ dan kemunculan jenis dadah baharu di pasaran global.

Sehubungan itu, beliau merayu supaya kita memainkan peranan melalui program ambil peduli, sokongan sosial dianjurkan jawatankuasa penduduk atau pemimpin komuniti bagi mewujudkan persekitaran kejiranan selamat dan bebas daripada kegiatan boleh menjurus kepada penyalahgunaan dadah.

“Institusi pendidikan dan keagamaan perlu menjadi pengantara terbaik dan berkesan untuk mendidik dan memberi kesedaran mengenai bahaya ketagihan dadah melalui program tertumpu kepada belia dengan memberi penekanan dalam aspek pembangunan sahsiah dan jati diri.

“Orang ramai digesa untuk turut sama menyumbang dalam aktiviti kesukarelawanan di bawah skuad Antidadah yang bertindak sebagai ejen perubahan dalam komuniti.

“Saya ingin menyeru agar kita semua memainkan peranan dalam memastikan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan rawatan dan pemulihan dimanfaatkan sepenuhnya.

“Sebagai contoh, sekiranya mana-mana individu ataupun ahli keluarga didapati terbabit dengan penyalahgunaan dadah, ikhtiar perlu dilakukan untuk mereka hadir ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya secara percuma,” katanya.

Tidak akan ubah status kawalan kanabis, semua bahan dadah 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo