Artikel Terkini

Trend Hiasan Dalaman 2022, Apa Kata Pakar?

Trend Hiasan Dalaman 2022, Apa Kata Pakar?
Trend Hiasan Dalaman 2022, Apa Kata Pakar? 1

Trend hiasan dalaman berubah untuk tahun 2022 ini, sejauh mana trend atau gaya untuk inspirasi pemilik rumah mendapatkan sebuah rumah yang cantik dan praktikal untuk masa kini. IMPIANA sempat bertemuramah dengan Pakar Hiasan Dalaman dan juga Pemilik tunggal EA AlamReka Sdn Bhd dan juga Mamyhome Sdn Bhd baru-baru ini. Jom dengar apa perkongsian beliau.

Tahun ini merupakan tahun yang cukup sukar, jadi tak salah kita mengalihkan perhatian dengan memikirkan trend reka bentuk dalaman yang muncul pada tahun 2022 ini.

Memandang satu dunia akan beralih pada fasa endemik, memaksa kita untuk lebih kerap duduk di rumah berbanding sebelum ini. COVID-19 sedikit sebanyak mempengaruhi banyak aspek kehidupan, dan ruang kediaman juga tidak terkecuali!

Oleh kerana masa banyak dihabiskan berada di dalam rumah walaupun sudah bebas dengan SOP yang ditetapkan pasti kita semua terpanggil memastikan kediaman kelihatan sedikit berbeza berbanding sebelum ini, termasuklah ruang dalaman bagi memenuhi ‘tuntutan’ kehidupan baharu ini.

Malah, dengan melibatkan diri dalam proses pengubahsuaian kepada trend terkini, sudah tentu dapat meningkatkan taraf hidup dan membenarkan minda anda berkembang sambil mengasah daya kreativiti anda. Tak kisahlah sama ada anda menghias sendiri mahupun mengupah pereka hiasan dalaman.

Dan pada masa yang sama, sekiranya bila nanti anda nak menyewa rumah anda itu, sudah pasti ia akan menambahkan nilai dalam pasaran sewa.

Jadi, sama ada anda merancang baik pulih atau sekadar ingin menghiasi semula ruang tertentu, di sini kami senaraikan trend hiasan dalaman yang dijangka bakal ‘boom’ tahun hadapan.

1. Pemilihan Perabot Lebih Curvy

Perabot bentuk bulat dilihat lebih organik menambah kelembutan pada reka bentuk dan susun atur kediaman. Ia juga menjadikan ruang terasa lebih lebih selesa kerana bentuk melengkung menyajikan tenaga yang lebih menenangkan. Malah lebih selamat dan praktikal.

2. Menggunakan Perabot Dari Bahan Semulajadi

Penggunaan bahan semulajadi kian popular sejak kebelakangan ini, tetapi pada tahun 2022 ia dijangka lebih menonjol.

Menggabungkan bahan organik dalam bahagian dalaman rumah seperti kayu, rotan, jut, batu, linen, kapas, bulu pada perabot, permaidani, kerusi dan lain-lain pasti membantu memberikan keseimbangan dalam susun atur kediaman yang serba canggih dan moden.

3. Sentuhan Dalaman Biofilik

Indoor plants atau tanaman dalam rumah menjadi ‘lapisan’ baharu dalam reka bentuk dalaman ketika ini ditambah pula dengan minat yang menebal pada pokok-pokok viral dan sekulen.

Bagi mengekalkan ‘hubungan’ dengan alam semulajadi, reka bentuk Biofilik hadir dengan tujuan mengintegrasikan alam semula jadi ke dalam seni bina bangunan sebagai cara untuk meningkatkan kesihatan, jiwa dan ekosistem keseluruhan.

Penggunaan kayu tebus guna, tumbuhan gantung, dinding tanaman di tangga dan ruang tamu, siling mahupun berenda rumah bakal menjadi perhatian tahun 2022 nanti.

4. Rekaan ‘Chubby’

Bila sebut ‘chubby’ saja, kita bayangkan sesuatu yang gempal dan comel. Dan ini bakal menjadi trend yang digilai tahun hadapan. Kerusi, meja kopi, sofa dan juga lampu dengan saiz besar atau gempal membawa kita kembali ke zaman kanak-kanak dahulu, menjadikan ruang lebih segar dan ‘fun’.

Trend baharu ini menyaksikan bentuk tiub dan sisi yang bulat pada perabot tertentu, dikenali sebagai bentuk neotenik, daripada konsep “neoteny”— ciri ‘kanak-kanak’ yang dipertambah. Konsep ini menggambarkan keseronokan tambahan dengan kehadiran ciri tersebut di mana-mana ruang!

5. Guna Seluruh Ruang Dalaman

Sebagai salah satu cara kreatif menggunakan sepenuhnya ruang kosong yang ditinggalkan di bawah tangga, ia bakal diisi dengan tujuan tertentu, seperti bilik kanak-kanak dan ruang penyimpanan.

Malah anak-anak tangga turut disepadukan dengan perabot-perabot lain, seperti ruang kerja, rak buku mahupun dapur mini. Kesannya, ruang anda tampak lebih tersusun, efisen dan moden.

6. Upgrade Bilik Air

Siapa cakap bilik mandi hanya perlu menggunakan warna-warna putih dan terang saja. Untuk tahun hadapan, bilik mandi dijangkakan akan lebih menyerlah dengan kemasan jubin berwarna warni.

Jadi, selari dengan penggunaan warna terang dan berani yang lebih kerap di dinding dan perabot, bilik mandi juga bakal diwarnai dengan warna yang berani dan elegan.

7. Ruang Kediaman Lebih Terbuka

Dijangkakan yang pada 2022, ruang kediaman akan menjadi lebih terbuka dan tiada lagi dinding, dengan pengasingan ruang formal yang dulunya dianggap biasa, tidak akan popular lagi.

Seakan ruang dalam rumah studio, idea pemasangan langsir dan panel mudah alih diletakkan sebagai penyelesaian mengasingkan atau menyembunyikan sudut atau kawasan tertentu. Hasilnya ruang tersebut menjadi lebih luas, terbuka dan bebas.

8. Keselesaan & Kualiti

Memandangkan tahun ini, dan jangkaan tahun seterusnya banyak masa dihabiskan di rumah, keselesaan dan ketahanan menjadi elemen dan faktor utama untuk susun atur dan hiasan dalaman rumah.

Dengan hakikat bahawa kita juga mungkin akan bekerja dan anak bersekolah dari rumah untuk sedikit lama lagi, kita menjangkakan perabot, tekstil dan material mementingkan keselesaan dan lebih pintar, di samping dapat menahan penggunaan yang lebih kerap berbanding ratio biasa.

Segalanya berubah dengan pantas, jika dahulu segala foktor yang dibincangkan diatas langsung tidak diambil kira. Asalkan selesa dan boleh didiami sudah cukup. Tetapi kini ramai yang sudah menyedari akan kepentingan sebuah rumah yang selesa untuk kehidupan norma baru.

Apa Kata Pakar? Tentang Trend Hiasan Dalaman 2022

Dalam soal ubah suai hiasan dalam rumah, setiap tahun mesti trend berubah. Kadang-kadang tak terkejar, jadi janganlah ikut trend sangat, hiasan dalaman rumah perlu ada sentuhan peribadi dan situasi Malaysia tanpa mengabaikan trend global.

Tuan Amin Yussoff, Pemilik Syarikat Seni Bina Hiasan Dalaman EA Alamreka Sdn Bhd & MamyHome Sdn Bhd

“Bagi saya interior yang mengikut trend ini bukanlah satu isu yang serius untuk rakyat Malaysia. Sebagaimana yang kita tahu trend di Malaysia selalunya lambat dari negara luar. Tetapi apa yang ingin saya tekan di dalam persoalan ini adalah tentang perancangan yang baik akan menghasilkan sebiah rumah yang terbaik untuk pemilik rumah di luar sana.”

Beliau juga ada menekankan tentang praktikaliti yang terbaik mengikut penghuni rumah itu sendiri. Bukanlah mengikut trend untuk dapatkan sebuah rumah idaman yang selesa. Konsep ini salah sama sekali, pemilik harus tahu apa gaya dan cara hidup harian. Barulah dapat memiliki sebuah rumah yang sesuai dengan penghuninya. Pendek kata ” tepuk dada tanya selera”.

Trend Hiasan Dalaman 2022, Apa Kata Pakar? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo