Berita

TUDM bantu hantar makanan ke rumah panjang

TUDM bantu hantar makanan ke rumah panjang 2

Kuala Lumpur: Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Labuan diaturgerak bagi melaksanakan misi bantuan penghantaran bekalan makanan dan keperluan asas kepada dua penempatan rumah panjang di daerah Bintulu, Sarawak.

Ia susulan mereka terputus bekalan makanan akibat sekatan pergerakan 14 hari dikenakan kepada penduduk rumah panjang Ugop Ak Umpin dan Rh Saba Ak Mergibagi bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Sarawak.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, misi bantuan dilaksanakan TUDM itu adalah usahasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak yang diwakili Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing bersama Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, Helikopter EC 725 AP dari No 5 Skuadron bertanggungjawab melaksanakan penugasan bantuan penghantaran membabitkan penghantaran 2,880 kilogram bekalan makanan dan keperluan asas seperti beras, sardin, mi segera, telur, minyak diesel, gula dan garam.

“Operasi diketuai Juruterbang TUDM, Mejar Megat Suhaide Megat Daud dibantu Pembantu Juruterbang, Kapten Shamie Hazim Samsu dan Kuartermaster Udara, PW U I Zakaria Othman serta tiga anggota kejuruteraan.

“Mereka melaksanakan penghantaran bekalan makanan dan keperluan asas diambil dari tempat pengumpulan barang bantuan di Lapangan Terbang Bintulu dan seterusnya diterbangkan ke lokasi penempatan rumah panjang itu.

“Misi bermula pada 10 pagi sebelum selesai sepenuhnya pada 1 tengah hari membabitkan dua sortie penerbangan,” katanya.

TUDM bantu hantar makanan ke rumah panjang 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo