Artikel Terkini

Enron, Skandal Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Amerika Syarikat


Enron merupakan nama yang cukup terkenal di Amerika Syarikat pada era 1990-an. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat yang paling berdaya saing ketika itu.

Menurut majalah Fortune, Enron merupakan salah sebuah syarikat yang paling inovatif di dunia.

Tapi tahukah anda, semua itu hanyalah satu sandiwara bagi mengaburi mata para pelabur syarikatnya sendiri?

Mari kita singkap bagaimana syarikat yang terkenal ini telah menjadi skandal penipuan yang terbesar dalam sejarah dunia korporat Amerika Syarikat.

Permulaan Enron

Kenneth Lay

Syarikat ini merupakan gabungan dua syarikat pembekal gas iaitu Natural Gas Corporation dan InterNorth Inc pada tahun 1986. Syarikat ini berjaya digabungkan oleh Kenneth Lay yang merupakan seorang usahawan yang berjaya pada ketika itu.

Penggabungan kedua syarikat ini telah menghasilkan syarikat yang bernama Enron. Permulaan perniagaan ini tidak begitu bagus, kerana keuntungan yang dimiliki melalui penjualan gas asli tidak seperti yang diharapkan.

Oleh yang demikian, Kenneth Lay telah merubah corak perniagaan syarikat tersebut.

Jeffrey Skilling

Perjalanan syarikat ini berubah apabila Kenneth Lay telah berjaya mengupah seorang konsultan yang bernama Jeffrey Skilling, yang kemudiannya telah menjadi COO syarikat. Jeffrey Skilling merupakan seorang yang sangat mahir di dalam dunia perniagaan dan mereka berdua berjaya mengembangkan perniagaan mereka pada era 1990-an.

Di antara faktor kejayaan syarikat adalah kejayaan mendapat kontrak pembekal gas asli yang kedua terbesar di Amerika Syarikat. Sejak dari itu, Enron berjaya mendapat keuntungan dalam operasi perniagaan mereka dari tahun ke tahun.

Jeffrey Skilling mengamalkan dasar yang keras terhadap perkerja Enron dengan memecat pekerja yang kurang memberi tambah nilai kepada syarikat.

Beliau terpengaruh dengan hasil penulisan Richard Dawkin di dalam buku “The Selfish Gene”, dengan mempercayai bahawa “duit” dan “ketakutan” adalah motivasi yang terbaik untuk meningkatkan prestasi pekerja.

Jeffrey Skilling tidak ragu-ragu untuk memecat pekerja yang mempunyai prestasi yang teruk. Oleh yang demkian, pekerja Enron sanggup berkerja lebih masa untuk memastikan diri mereka selamat daripada diberhentikan kerja.

Oleh kerana sikap yang sentiasa ingin kejayaan dalam kehidupan, Jeffrey Skilling dipengaruhi oleh sifat yang ingin sentiasa menang. Kesannya, walaupun pendapatan Enron mengalami kerugian, beliau akan memastikan syarikat tersebut mempunyai financial statement yang “cantik” bagi menarik para pelabur dari luar untuk melabur ke dalam syarikat tersebut.

Antara taktik yang digunakan untuk memanipulasi financial statement Enron adalah dengan menggunakan teknik Mark-to-Market Accounting iaitu meletakkan kontrak yang diperolehi sebagai keuntungan syarikat.

Oleh kerana Enron pada ketika itu mempunyai banyak kontrak, di bahagian Balance Sheet, ia ditulis sebagai keuntungan syarikat walaupun keuntungan sebenar belum lagi masuk ke dalam akaun syarikat.

Jeffrey Skilling juga turut memperkenalkan platform trading online yang membenarkan mana-mana individu untuk melakukan trading secara online bagi komoditi gas asli. Ini benar-benar menarik ramai pelabur dari Wall Street untuk melabur ke dalam Enron.

Dalam tempoh 3 tahun, saham Enron naik dengan begitu mendadak sehingga mencapai harga $90 untuk seunit saham. Ini telah menjadikan Enron bernilai $60 bilion, sedangkan keuntungan yang diperolehi syarikat adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan market capitalization.

Penipuan terbongkar apabila berlaku krisis dot-com bubble di mana pihak SEC telah membuat siasatan terhadap Enron kerana curiga dengan financial statement yang dikeluarkan oleh syarikat. Akhirnya Kenneth Lay dan Jeffrey Skilling dihadapkan di makhmah dan didapati bersalah di atas tuduhan menipu duit pelabur.

Kenneth Lay tidak sempat dimasukan ke penjara kerana meninggal dunia akibat serangan jantung, manakala Jeffrey Skilling dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun. Syarikat ini diisytiharkan bankrup dan telah menyebabkan seramai 28,500 orang pekerja kehilangan kerja.

Sumber Rujukan:



Source link