Uncategorized

Genting Malaysia capai penyelesaian pembangunan taman tema luar

Genting Malaysia capai penyelesaian pembangunan taman tema luar 1



Genting Malaysia capai penyelesaian pembangunan taman tema luar 2

KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) telah menyelesaikan sepenuhnya pertikaian dengan Fox Entertainment Group Llc, Twentieth Century Fox Corporation Corporation, Foxnext Llc, Twenty First Century Fox Inc dan The Walt Disney Company berhubung pembangunan taman tema luar.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Genting Malaysia berkata sebagai sebahagian daripada terma penyelesaian, semua pihak telah menandatangani memorandum perjanjian dinyatakan semula yang memberikan syarikat itu lesen untuk menggunakan harta intelek tertentu Fox.

Berikutan penyelesaian berkenaan semua pihak bersetuju untuk menggugurkan semua tuntutan dan tuntutan balas antara mereka dalam tindakan undang-undang yang kini masih berjalan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Tengah California, katanya.

“Genting Malaysia kini sedang mengemaskini rancangan pembangunan dan pembinaannya untuk menyiapkan taman tema luar itu menggunakan kedua-dua harta intelek Fox dan harta intelek bukan Fox.

“Taman tema luar berkenaan juga akan dinamakan semula,” kata syarikat itu.

— BERNAMA





Source link

Related Posts