Artikel Terkini

Ini Kuota Pemilikan Hartanah Bumiputera Di Setiap Negeri


Perkara pertama yang kita perlu tahu tentang kuota pemilikan Bumiputera adalah ianya tidak sama dengan konsep Lot Bumiputera.

Sungguhpun 49 tahun
telah berlalu sejak pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh Tun Abdul Razak,
masih ramai lagi rakyat Malaysia khususnya golongan Bumiputera sendiri yang
tidak faham akan perbezaan kuota Bumiputera dan lot Bumiputera.

Baca : Ada Beza Ke Lot Bumi Dan Rezab Melayu?

Ya, bunyi macam sama tapi sebenarnya tak sama.

Buat pengetahuan kita, kuota Bumiputera adalah satu undang-undang dalam hartanah yang diperkenalkan dengan objektif meningkatkan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera kepada sekurang-kurangnya 30%.

Ini bermakna, pemaju hartanah swasta yang membangunkan sebarang projek kediaman mahupun komersial WAJIB menyediakan 30% daripada keseluruhan unit kepada golongan Bumiputera untuk dimiliki.

Baca : 8 Saham Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Perkara ini terus
menjadi agenda utama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam
pembangunan rumah mampu milik yang trendnya bermula seawal tahun 2011 lagi.

Kenapa Kuota Bumiputera Ini Penting?

Kuota Bumiputera merupakan satu-satunya sekatan yang dikenakan kerajaan kepada pemaju hartanah supaya pemilikan hartanah di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum adalah lebih majmuk dan tidak dimonopoli oleh satu bangsa atau kaum sahaja.

Baca : Nak Tingkatkan Pemilikan Hartanah Bumiputera? Ini Caranya

“Kalau Sime Darby Properties membangunkan sebuah kawasan perumahan dengan 100 unit kediaman dan 10 unit lot komersial, 30 unit kediaman dan 3 unit lot komersial diwajibkan diletakkan di bawah kuota Bumiputera.”

Kuota Bumiputera
setiap negeri adalah berbeza. Lain negeri lain peratus kuota Bumiputeranya.
Kuasa menentukan kuota Bumiputera dalam hartanah jatuh kepada Kerajaan Negeri
tersebut.

Jom kita lihat berapa kuota Bumiputera bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur

Hartanah Kediaman : 30%

Hartanah Komersial : 30%

Selangor

Hartanah Kediaman : Lembaga Perumahan Hartanah Selangor.

Hartanah Komersial Bawah RM 120,000 : 60%

Hartanah Industri Kos Rendah RM 150,000
Melebihi 10 Ekar : 50%

Hartanah Industri Lain : 40% 

Negeri Sembilan

Pembangunan Melebihi 5 Ekar : 30%

Pembangunan Kurang 5 Ekar : 10%

Pulau Pinang

Semua Jenis Hartanah : 30%

Johor

Hartanah Kediaman & Komersial :

i) Di Bawah Harga Jualan RM 200,000 : 40%

ii) Harga Jualan Melebihi RM 200,000 : 30%

iii) Harga Jualan Melebihi RM 300,000 : 20%

Perak

Tanah Pindah milik Dari Kerajaan Negeri : 30%

Tanah Persendirian : 20%

Pahang

Hartanah Kediaman & Komersial : Minimum 30%

Hartanah Pembangunan Melebihi 2 Ekar : Minimum 30%

Melaka

Hartanah Kediaman :

i) Kawasan Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar
Hilir : 40%

ii) Kawasan Lain : 60%

Terengganu

Tanah Persendirian : 30%

Tanah Serahan Semula/Pindah Milik :  50%

Perlis

Kediaman & Komersial :

 i)
Dalam Tanah Lingkungan Bebas : 70%

Kelantan

Tanah Rizab Melayu : 100% Anak Kelantan

Kedah

Hartanah Kediaman : 30% – 50%

Hartanah Komersial : 30%

Perlu kita ketahui bahawa kuota Bumiputera ini boleh ditukar oleh pemaju hartanah dengan cara membuat permohonan pelepasan kuota Bumiputera selepas gagal menjual hartanah tersebut.

Biasanya, tempoh bagi permohonan ini adalah dua tahun selepas pelancaran penjualan hartanah tersebut,

Akan tetapi,
terdapat negeri yang telah mengurangkan tempoh masa dua tahun kepada kurang
dari satu tahun sahaja.

Sebagai contoh, di
Perak apabila Dasar Perumahan Negeri Perak (DPNP) pada April 2019 yang lalu
membenarkan pemaju membuat permohonan pelepasan kuota Bumiputera dalam tempoh 6
bulan berbanding 2 tahun.

Dan kerana itulah pengurusan kewangan dan ilmu hartanah adalah dua ilmu yang perlu dikuasai Bumiputera supaya tidak wujud lagi pemaju hartanah yang membuat permohonan sedemikian rupa.

Sekiranya kita tak puas hati dengan angka pemilikan hartanah Bumiputera, usahalah untuk tingkatkan angka tersebut. Bantulah Bumiputera lain dalam menyebarluaskan ilmu kewangan dan hartanah. Boleh mulakan dengan share artikel ini.

Sumber Rujukan:



Source link