Uncategorized

Malaysia dahului Jepun bagi laporan berdaya saing 2019

Malaysia dahului Jepun bagi laporan berdaya saing 2019 1


KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tangga ke 22, mendahului Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Belgium bagi Laporan Daya Saing Dunia 2019 keluaran IMD World Competitiveness Centre (WCY) 2019.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking berkata Malaysia merekodkan skor 82.54 daripada 100 mata sekaligus mencerminkan sentimen positif komuniti perniagaan terhadap kerajaan baharu.

“Laporan itu menunjukkan penambahbaikan dalam petunjuk berkaitan institusi seperti sogokan dan rasuah, ketelusan, birokrasi, keadilan, perpaduan sosial dan kewangan awam dari segi kedudukan dan nilai berbanding tahun sebelumnya.

“Semua petunjuk ini meningkat dalam skor nilai lebih daripada 10 peratus, dalam jajaran antara 10.8 peratus dalam kewangan awam kepada 31.1 peratus dalam sogokan dan rasuah,” katanya dalam satu kenyataan.

WCY 2019 menilai ekonomi berdasarkan kepada empat faktor input daya saing iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan prasarana dengan setiap satu merangkumi lima sub-faktor.

Laporan Daya Saing IMD World Competitiveness Centre

Tambah Darell persekitaran luaran yang mencabar tahun lepas sedikit sebanyak memberi kesan kepada daya saing ekonomi-ekonomi lebih kecil termasuk Malaysia.

Selain itu perkembangan antarabangsa lain seperti penutupan kerajaan Amerika Syrikat (AS), ketidakpastian dasar monetarinya serta kelembapan ekonomi China dan perang dagang China-AS turut menjejaskan ekonomi global. 





Source link

Related Posts