Artikel Terkini

Pakej rangsangan ekonomi diumumkan selewat-lewatnya pada awal Mac



PUTRAJAYA: Pakej rangsangan yang dicadangkan untuk meningkatkan ekonomi tempatan akan diumumkan pada akhir Februari atau awal Mac untuk mengurangkan impak berikutan penularan novel koronavirus 2019, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata Kementerian Kewangan (MoF) telah mengadakan mesyuarat selama tiga jam pada Isnin dengan penggiat industri tempatan untuk mendapatkan input, dan siri mesyuarat yang selanjutnya dengan perniagaan tempatan akan turut diadakan.

“Kami perlu mendapatkan input daripada semua pihak,” katanya ketika ditanya mengenai pakej rangsangan ekonomi selepas mengumumkan perluasan Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat, mySalam, di sini pada Selasa.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, timbalannya Dr Lee Boon Chye dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.

VIDEO: Pakej rangsangan ekonomi ambil kira hubungan baik dengan China 

BACA: Kerajaan setuju perkenal pakej rangsangan ekonomi tangani impak koronavirus

VIDEO: Pakej rangsangan ekonomi ambil kira hubungan baik dengan China

Pada Ahad, Lim berkata MoF akan menentukan anggaran tempoh penularan koronavirus untuk menentukan jumlah pakej rangsangan ekonomi.

Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melancarkan pakej rangsangan ekonomi bagi meningkatkan ekonomi tempatan berikutan cabaran yang dihadapi akibat daripada penularan pantas koronavirus.

Perdana Menteri berkata industri pelancongan merupakan sektor yang paling terjejas akibat daripada penularan virus itu kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

— BERNAMA





Source link

Related Posts