Artikel Terkini

Pelaburan Saham vs Hartanah. Ini 9 Perbandingannya


Tidak kisah samada anda memilih pelaburan saham atau pun hartanah, kedua-duanya mempunyai objektif yang sama iaitu mendapat keuntungan maksimum hasil daripada pelaburan.

Akan tetapi, bila mana pelaburan saham dan pelaburan hartanah ini dibandingkan, ‘gaduhnya’ tidak akan berkesudahan kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Dengan hampir 689 saham syarikat patuh syariah di Bursa
Malaysia
setakat Mei 2019, pelaburan saham telah menjadi pilihan hampir
900,000 Bumiputera di Malaysia pada tahun 2018.

Baca : 22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia

“Ada orang kata kalau nak untung cepat labur saham, nak untung banyak tapi lama labur hartanah. Betul ke..?”

Terlalu banyak cara kiraan yang kompleks dan nombor yang terlibat untuk benar-benar menyukat kebenaran di sebalik stigma ini.

Oleh yang demikian,
dalam artikel ini kami akan kongsikan perbandingan yang jelas akan perbezaan
dua instrumen pelaburan ini.

Pelaburan Saham VS Pelaburan Hartanah

1. Pendidikan

Saham : Untuk mahir dan benar-benar membuat duit dalam pelaburan saham, anda bukan sahaja memerlukan pengalaman. Anda perlu mempunyai kepakaran untuk membaca penyata kewangan syarikat dengan baik, teori asas pelaburan saham dan isu-isu semasa yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi serantau dan global.

Hartanah : Secara teorinya, anda hanya perlu mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang baik dalam memastikan permohonan pembiayaan anda lulus.

Selain daripada itu, anda juga perlu mempunyai ilmu dalam membuat kajian akan lokasi strategik dalam pelaburan hartanah dan jangkaan keuntungan hasil sewaan.

Baca : Senarai Semak Dokumen Permohonan Pembiayaan Rumah

2. Modal Permulaan

Saham : Dengan modal serendah RM10, anda sudah boleh membuka akaun dagangan saham (akaun CDS).

Dan untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia, minima 100 unit saham atau 1 lot dengan modal sekitar RM100 sahaja dah boleh mula beli pelbagai jenis saham yang ditawarkan di Bursa Malaysia.

Hartanah : Modal permulaan pelaburan hartanah rata-rata memulakan modal yang bermula dengan 5 angka.

Logiknya, hartanah
yang baik dan strategik di Lembah Klang berada dalam lingkungan harga RM300,000 – RM500,000.

Oleh itu, anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM30,000 – RM50,000 sebagai deposit dan kos ini tidak termasuk kos guaman dan S&P.

3. Kadar Turun Naik

Saham : Kadar turun naik saham adalah sangat pantas dan tinggi. Anda boleh untung RM0.50 sen pada jam 11.00AM dan rugi RM0.60 pada jam 11.05AM dan kadangkala lebih pantas dari itu!

Nak buat duit di pasaran saham sememangnya hanyalah untuk mereka yang “berjiwa besar”, dan sanggup rugi 9 kali sebelum untung selepas 10 kali percubaan.

Baca : Senarai Terkini Saham Syarikat Patuh Syariah di Bursa Malaysia Mei 2019

Hartanah : Berbeza pula dengan
hartanah yang menyaksikan purata kadar turun naik adalah lebih lambat
berbanding saham.

Untuk sebuah projek hartanah itu menikmati peningkatan harga, sekurang-kurangnya memerlukan 15-20 tahun untuk lokasi tersebut matang dan dilengkapi booster hartanah yang lain.

4. Aliran Tunai Bulanan

Saham :  Keuntungan daripada pelaburan saham datangnya
daripada dua sumber. Pertama hasil daripada penjualan unit saham anda apabila
harganya meningkat untuk satu tempoh masa.

Kedua, melalui bayaran dividen yang akan dibayar secara terus ke dalam akaun anda. Sebahagian daripada syarikat di Bursa Malaysia membayar dividen sebanyak 4 kali setahun.

Hartanah : Anda mendapat aliran
tunai yang positif apabila menyewakan hartanah anda dan juga apabila penyewa
membayar sewa tepat pada masanya.

Sewa yang diterima
juga harus lebih daripada ansuran bulanan bank untuk anda menikmati keuntungan
daripada pelaburan hartanah.

Baca : Apa Yang Anak Muda Fikir Bila Sebut Tentang Rumah Pertama

5. Sejarah Pulangan Keuntungan

Saham : Sejarah pulangan bagi
saham di Malaysia termasuk dividen yang standard adalah sekitar 7% – 8%.

Namun begitu, jika
anda mempunyai ilmu dan pengetahuan yang lebih tentang saham, anda mampu
mendapat pulangan sehingga 10% – 15%.

Hartanah : Sangat bergantung
kepada lokasi di mana anda boleh mendapat 5%
– 10%
pulangan hanya jika anda berjaya mendapat untung sewaan setiap bulan.

6. Bayaran / “Cash Out”

Saham : Pada kebiasaannya, dividen saham dibayar tepat pada masanya oleh syarikat. Keuntungan lepas menjual pegangan saham pula akan terus masuk ke dalam akaun bank dalam tempoh 1-2 hari bekerja.

Hartanah : Anda mendapat bayaran
hanya apabila hartanah disewakan dan penyewa membayar kadar sewa pada masa yang
ditetapkan.

Baca : Pindah Saham Dengan 3 Langkah Mudah Menggunakan Bursa Anywhere

7. Kerja Fizikal

Saham : Dalam pelaburan saham, kerja fizikal yang anda perlu lakukan hanyalah membaca berita, laporan kewangan dan membuat analisa.

Hartanah : Amat berbeza dengan saham di mana, pelaburan hartanah memerlukan anda untuk melakukan beberapa kerja fizikal seperti melakukan renovasi, melakukan pembaikan paip, elektrik dan juga iklan untuk di sewakan kepada umum.

8. Hutang

Saham : Tidak perlu berhutang untuk memulakan pelaburan saham kerana modalnya yang sangat rendah.

Hartanah : Adalah mustahil sama
sekali untuk anda membuat pelaburan hartanah tanpa membuat hutang pinjaman
hartanah daripada institusi kewangan.

Anda wajib membayar ansuran pembiayaan bulanan untuk memiliki hartanah tersebut. Namun, dengan strategi yang betul, anda mampu menjadikannya hutang yang baik sebagai salah satu sumber aliran pendapatan anda.

Baca : 4 Pasaran Saham Terbesar Dunia, Malaysia Kat Mana?

9. Kecairan Aset

Saham :  Aset saham sangat mudah untuk dicairkan dan mengambil masa beberapa hari untuk dicairkan.

Hartanah : Adalah mustahil untuk
mencairkan aset yang berharga ratusan ribu ringgit dalam masa yang singkat.

Untuk menjual sebuah unit hartanah dengan bantuan ejen hartanah sekalipun, proses ini berkemungkinan memakan masa antara 6 bulan hingga bertahun-tahun lamanya.

Melainkan anda menjual hartanah tersebut di bawah harga pasaran, anda mungkin dapat menjualnya dalam masa beberapa minggu sahaja.

Saham Atau Hartanah?

Untuk pelaburan
jangka panjang, hartanah sememangnya tidak dapat disangkal merupakan instrumen
pelaburan yang paling ideal dan praktikal.

Anda mungkin boleh mulakan dengan pelaburan saham dan gunakan dividen hasil pelaburan sebagai deposit 10% untuk membuat pelaburan hartanah pula. Apapun, kedua-duanya mempunyai risiko, kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Terpulang kepada anda untuk mencipta kekayaan dari instrumen yang mana.

Ditulis oleh Mehmed Aezhad, beliau merupakan seorang Digital Marketing Specialist yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital hartanah.

Komen

komen





Source link