Artikel Terkini

Rezeki anda pasti deras berlipat ganda lepas amalkan tip ini


Siapa yang tak nak rezeki deras macam air sungai yang mengalir?

Dengan rezeki yang melimpah-ruah itu, kita akan dapat berikan keselesaan (dalam bentuk kewangan) kepada keluarga sendiri.

Korang juga boleh jadi penderma, yang tak putus-putus ringankan beban mereka yang memerlukan bantuan.

Sempena hari Jumaat yang penuh barakah ini, Tok nak kongsikan cara kira zakat pendapatan yang mudah untuk kita hadam.

Tip ini, Tok baca kat blog duitkertas.com. Korang nak rezeki deras kan? Amalkan tip ini. Tak susah pun.

Zakat pendapatan yang perlu kita keluarkan adalah termasuk gaji, bonus, upah, hasi sewaan, dividen, elaun, pampasan, hibah dan lain-lain bentuk pendapatan semasa hidup, besara atau mati.

Terdapat 2 cara bagaimana untuk kira zakat pendapatan.

#1: Pendapatan kasar setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)

Cara ini lebih mudah dan senang untuk kira.

Contoh:

  • Gaji tahunan : RM36,000
  • RM36,000 x 2.5% = RM900

Jumlah yang perlu kita zakatkan adalah sebanyak RM900.

#2: Pendapatan yang layak di zakat X 2.5% (lepas tolak perbelanjaan asas yang dibenarkan)

Melalui cara ini, korang boleh menolak keluar beberapa perbelanjaan asas yang dibenarkan seperti anak, isteri, KWSP, dan lain lain lagi.

Contoh:

a) Pendapatan (setahun)

b) Tolak perbelanjaan yang dibenarkan (untuk tempoh setahun)

1. Diri sendiri = RM9,000

2. Isteri = RM3,000

3. Anak 4 orang x RM1,000 = RM4,000

4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 x 12) = RM1,200

5. KWSP (contoh: 11%) = RM3,960

6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji) = RM900

Jumlah Tolakan = RM21,160 

c) Pendapatan yang layak dizakat

  • RM36,000 – RM21,600 = RM14,840 

d) Zakat yang wajib dibayar (kerana C lebih dari nisab)

e) Jumlah potongan gaji sebulan untuk jelaskan zakat

RM371 / 12 bulan (1 tahun) = RM30.92 setiap bulan.

Melalui kaedah kedua, jumlah zakat yang perlu korang keluarkan adalah lebih rendah. Ini disebabkan terdapat perbelanjaan yang dibenarkan.

#3: Guna kalkulator zakat

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan kalkulator yang disediakan oleh pihak Lembaga Zakat (klik sini).

Banyak kelebihan daripada amalan zakat yang dapat kita nikmati secara sedar atau tak sedar.

Yang atas dunia ni, dah tentu kita boleh rasa secara fizikal. Tapi yang paling best adalah “saham akhirat” kita akan dibayar berlipat ganda oleh Allah S.W.T.

Tujuan kita hidup atas muka bumi ini adalah untuk mempersiapkan diri sebelum mati. Jadi, ringankan tangan dah hati untuk tunaikan kewajipan ini.



Source link